Translate

Sabtu, 2 November 2013

KELEBIHAN SURAH AL-MULK

Jangan lepaskan kesempatan yang ada untuk mengamalkannya, jom sama-sama kita ambil tahu tentang kebesaran, kelebihan dan fadhilat serta taburan hadis Rasulullah SAW berkaitan surah al Mulk......

Di antara kelebihan Surah ini ialah:

1. Surah ini akan menjadi penyelamat.

2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.

3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).

4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf a.s (cantik).

5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.

Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasullulah SAW bersabda:

      "sesungguhnya di dalam Al-Quran ada tiga puluh ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk"

Daripada Anas Ibnu Malik berkata: Nabi SAW telah bersabda:

     "sesungguhnya seseorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sekalipun daripada kitab Allah kecuali 'Tabaarakal lazi'. Maka apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya malaikat.

Maka surah itu telah menahan wajah simati dan malaikat berkata pada surah itu.

   'Sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada si mati, dan kepada saya kemudharatan atau kemanafaatan.

Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manafaat kepada si mati, jadi pergilah menemui Allah SWT, dan mintalah syafaat daripadanya. Maka iapun (surah) menemui Allah SWT.

Dan berkata:

      'Wahai Tuhanku, simati ini, dia pilih saya dalam kitabMU dan dia pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai Allah, Engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. Maka jika Engkau ingin berbuat demikian, jadi padamlah saya dari kitabmu.

Dan Allah SWT berfirman:
   'Aku nampak kamu marah'.
Surah itu menjawab:
  'Sesungguhnya saya marah.
Allah SWT berfirman:
  'Pergilah kamu sesungguhnya aku memberi si mati kepada kamu dan kamu menjadi syafaat keatasnya".

Nabi SAW bersabda:

"Surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa pada si mati."

Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan 'selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca saya dan selamat datang kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya.
Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri atau menampung badan sewaktu membaca saya'. Maka surah itu bersama si mati dalam kuburnya supaya si mati tidak berasa kesunyian.

SUBHANALLAH..SESUNGGUHnya byk kelebihan didlm hadis2 Allah SWT..



posted by perindu syahid=amirazuwa.blogspot.com

TANDA-TANDA HATI YG MATI

Menurut Syeikh Ibrahim Adham r.a, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :

~Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya

~ Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda

~Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya

~Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya

~ Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya

~Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya

~Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya

~Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya

~Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri

~Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil Pengajaran daripadanya

** Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

**Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.

**Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

**Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ).

### Firman Allah yang bermaksud:

   (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar-Rad, Ayat 28)

** Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

     "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ...dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu."

BERSAMA MUHASABAH DIRI...


posted by perindu syahid

admin amirazuwa.blogspot.com

CARA MEMILIH SEORANG SAHABAT

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya:

Pertama,
*** pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,
***  pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya)..

Ketiga,
***  pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
***  pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
***  sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja.
Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Kawan mudah dicari tp sahabat adalah teman sejati...