Translate

Sabtu, 3 Oktober 2015

APA ITU SYIAH ? ( PART 3 )

Pengertian Syiah mengikut pandangan
syiah sendiri adalah seperti berikut:

Perkataan Syiah (mufrad) disebut
sebanyak empat kali dalam al-Qur'an dan
ia memberi erti golongan atau kumpulan;pertama dalam Surah as- Saffat: 83-84, firman Tuhan yang
bermaksud,

"Dan sesungguhnya Ibrahim
benar-benar termasuk Syiahnya
(golongannya), ingatlah ketika ia datang
kepada Tuhannya dengan hati yang suci".

Kedua,dalam Surah Maryam: 69, firman
Tuhan yang bermaksud,

"Kemudian pasti Kami tarik dari tiap-tiap golongan
(Syiatihi) siapa antara mereka yang
sangat derhaka kepada Tuhan yang Maha
Pemurah".

Ketiga dan keempat adalah Surah al-
Qasas: 15, firman Tuhan yang
bermaksud,

"Dan Musa masuk ke kota
(Memphis) ketika penduduknya sedang
lengah, maka didapatinya dalam kota itu
dua orang lelaki yang berkelahi; yang seorang dari golonganya (Syiatihi) (Bani Israil) dan seorang (lagi) dari musuhnya (Syiatihi) meminta pertolongan
kepadanya untuk mengalahkan orang yang
dari musuhnya".

Sementara itu, ada perkataan Syiah
dalam Hadith Nabi S.A.W lebih dari tiga
kali, antaranya disebut oleh Imam as-
Suyuti dalam tafsirnya Durr al-
Manthur, Beirut, Jilid 6, hal.379 - Surah
al-Bayyinah, Nabi S.A.W bersabda:

"Wahai Ali, engkau dan Syiah engkau (golongan
engkau) di Hari Kiamat nanti keadaannya
dalam redha dan diredhai",

dan sabdanya lagi:

"Ini (Ali) dan Syiahnya (golongannya)
(bagi) mereka itulah yang mendapat
kemenangan di Hari Kiamat nanti".

Dengan ini kita dapati bahawa perkataan
Syiah itu telah disebutkan dalam al-
Qur'an dan Hadith Nabi S.A.W.

Yang dimaksudkan oleh oleh al-Quran dan
hadith itu bukanlah kata khusus kepada
puak Syiah ini, melainkan kata umum
kepada pengikut kepada sesuatu golongan
pengikut, yakni golongan Ibrahim a.s,
golongan yang derhaka, golongan Musa a.s.
Bahkan Rasulullah sendiri pernah
bersabda mafhumnya:

golongan kamu Ali akan terbahagi tiga. orang yang
terlampau memuja mu, orang yang
terlampau membenci mu dan orang yang
cinta kepadamu kerana Allah. Golongan
pertama dan kadua itu masuk neraka.
Golongan ketiga itu masuk syurga.

Terbukti golongan pertama dan kedua itu
puak Syiah dan Khawarij . Ijtihad kebanyakkan para ulama Sunni sebagai Syiah yang menyeleweng ialah golongan Syiah daripada Imamiyyah/Ja'fariyyah
dan Zaidiyyah, yang diringkaskan sebagai
Ghulat kerana mendewakan Ali.

Imam al-vGhazali dalam bukunya Mustazhiri
menentang keras Syiah kerana ia
mengandungi pengajaran Batiniah.

Imam Ja'far as-Sadiq AS, generasi kelima
keturunan Ali bin Abi Talib dan Fatimah
Zahrah r.a, pula menyatakan Syiah tidak boleh dikahwini dan diadakan sebarang urusan keagamaan kerana aqidah mereka bertentangan dengan al-Qur'an dan
Hadith.

Golongan Syiah Imamiyyah mengganggap Ja'far as-Sadiq AS sebagai imam keenam umat Islam. Walaupun
beliau tidak mengakuinya dan tidak menerima baiah mereka itu.

(Sila rujuk: Al Jam'iyah Al Khairiyah .)

                                 AQIDAH

5 perkara menjadi Rukun Kepercayaan
atau Usūl al-Dīn bagi golongan Mazhab
Syiah:

1. Tauhid - Bahawa Allah s.w.t.
itu Satu

2. Adalah - Bahwa Allah s.w.t.
itu Maha Adil

3. Qiyamah - Bahawa Allah s.w.t.
akan membangkitkan manusia
untuk pengadilan di Hari
Kiamat

4. Nubuwwah - Bahawa Nabi dan
Rasul yang ma'asum dilantik
oleh Allah untuk mengajar dan
membimbing manusia.
Muhammad s.a.w. merupakan
Nabi dan Rasul terakhir.

5. Imamah - Bahawa Allah
melantik orang-orang tertentu
sebagai pemimpin umat manusia, yakni sebagai Imam.
Umat manusia sentiasa ada seorang Imam dan hanya
seorang Imam sahaja boleh wujud pada bila-bila masa.
Sesetengah Rasul adalah Imam. Contohnya Nabi Ibrahim a.s. yang merupakan Nabi, Rasul dan Imam. Tidak semua imam adalah Nabi atau Rasul pula. Contohnya Imam Ali, yang bukannya seorang Rasul mahupun Nabi tetapi Imam.

# sudah kita ketahui sedikit sebanyak mengenai syiah..awasi la diri kita dr terjebak dgn ajaran syiah...yg sememangnya menyimpang dr ajaran Islam yg sebenar..

APA ITU SYIAH ? ( PART 2 )

Sebahagian maklumat Syiah

                      Ahl al-Kisa

Ahl al-Kisa
Muhammad
Ali
Fatimah
Hasan
Hussein

                      Empat Sahabat

Salman Al-Farisi
Miqdad Al-Aswad
Abu Dzar al-Ghifari
Ammar ibn Yasir

                Kepercayaan & Amalan

Pewaris Muhammad
Imamah
Pagi Muharram
Cahaya Aql
Ismah
Tawassul
Pendeta
Penghijaban

                        Pandangan

Al-Quran

                          Sahabat

Muawiyah
Abu Bakar
Umar

                          Hari Suci

Aidilfitri
Aidiladha
Aidil Ghadir
Ayhura
Arba'een
Maulid
Al-Mubahila

                                   Cabang

Dua Belas Imam
Ismailiyah
Zaidiyah

Jumaat, 2 Oktober 2015

APA ITU SYIAH? ( PART 1 )

Syiah ( ﺷﻴﻌﺔ Syi'aṯ) ialah salah satu
aliran atau mazhab dalam Islam selain
daripada Sunni .

Secara umum, Syiah menolak kepemimpinan daripada tiga Khulafa Ar-Rasyidin.

Sunni juga menolak
kepimpinan Imam Syiah dalam aliran
Syiah.  Ajaran Syiah berbeza
dengan apa yang diajarkan oleh Nabi
Muhammad dan Ahlul Bait kerana
menolak hadis yang bercanggahan dengan
kepercayaan (Syiah) mereka.

                              ETIMOLOGI

Bentuk tunggal dari Syi'ah adalah Shī`ī
(Bahasa Arab: ﺷﻴﻌﻲ.) menunjuk kepada
pengikut dari Ahlul Bait dan Imam Ali.

                          SEJARAH SYIAH

Terdapat dua pendapat jelas tentang
terhasilnya aliran Syiah..
Pendapat pertama mengatakan ketika berlakunya
Perang Siffin di antara Ali RA dan
Muawiyah RA.

Pandangan ini secara tidak langsung mengatakan bahawa pengikut Ali RA beraliran Syiah manakala
pengikut Muawiyah pula Sunnah wal
Jamaah.

Namun demikian ia bukanlah begitu. Ijtihad yang dinyatakan oleh Muawiyah didapati tidak benar dan
pendapat Ahli Sunnah jelas lebih
cenderung kepada Ali RA.

Pendapat kedua pula mengatakan
kemunculan Syiah setelah kematian
Husain bin Ali RA. Ketika beliau keluar daripada pemerintahan Yazid bin Muawiyah atas panggilan penduduk Iraq yang akan menyokongnya di sana nanti.

Namun, mereka mengkhianati beliau dan
menyebabkan beliau terbunuh di Karbala . Akibat daripada pembunuhan itu, muncul sekelompok muslim menuntut agar pembunuhan tersebut dituntut bela.


Ada pula sekolompok yang lain menghukum
kelompok ini kafir kerana sudah terkeluar dari pemerintahan Bani Umayyah. Lalu berlakulah pergaduhan dan menyebabkan beberapa orang daripada
kalangan penyokong Husain terbunuh dan mereka digelar sebagai Syiah.

Ini secara tidak langsung menjelaskan hubungan kuat antara Syiah dan Husain RA berbanding Ali RA sendiri. Ini jelas apabila para pengikut Syiah menyambut
10 Muharram sebagai mengingati hari kematian Husain disambut dan tidak pula hari kematian Ali.

Akibat dari peristiwa itu, wujud golongan
yang menentang pemerintahan Umayyah dari segi politik sahaja, sedangkan akidah, dan mazhab fiqh mereka masih tidak bertentangan dengan Ahli Sunnah.
Mereka adalah pemimpin awal Syiah yang
masih bermazhab Sunni.

                              
                                 ALIRAN

Aliran Syiah berpecah kepada cabang-
cabang kecil. Tiga cabang yang utama pada masa kini mempunyai bilangan pengikut yang besar.

Yang paling terkenal dan terbesar ialah golongan Syiah Imam Dua Belas atau Imamiyyah/Ja'fariyyah

                                ( ﺍﺛﻨﺎ ﻋﺸﺮﻳﺔ iṯnāʿašariyya) yang
merangkumi 90% penduduk di Iran dan
sebahagian besar penduduk Iraq . Golongan
Syiah yang kecil lain termasuklah al-
Kaisaniyyah , al-Zaidiyah , Imamiyyah , al-
Ghulat , Ismailiyah , dan Syiah Imam
Bertujuh .

Alawiyyah dan Duruzi juga menganggap diri mereka Syiah meskipun mereka tidak sentiasa diiktiraf oleh
Syiah lain. Tarikat-tarikat Sufi
beraliran Syiah termasuklah Tarikat
Alevi, Bektashi Hamadani dan Fatimiyyah.

Dua puluh peratus dari penduduk Turki mengikut Tarikat Alevi sementara Lubnan dan Syria pula mempunyai bilangan besar golongan Duruzi dan Alawi.
Aliran Syiah mempercayai bahawa Nabi telah mewasiatkan Keturunannya menjadi pemimpin umat Islam dan hendaklah bersatu di bawah Imam.

Pergerakkan Hizbullah di Lubnan adalah
dari golongan Syiah Imam Dua Belas. Di Malaysia, aliran ini tidak dibenarkan melakukan ritual harian dan ditolak fahaman mereka oleh Majlis Fatwa
Malaysia.

Golongan Syiah telah melakukan beberapa dialog dengan pihak Ahlul Sunnah di seluruh dunia termasuk
Malaysia namun tiada sebarang pindaan undang-undang yang dilakukan bagi menghalalkan pergerakkan atau
penyebaran fahaman mereka.

SAMBUNGAN PART 2 ( akan dtg)